Sunday, August 8, 2010

Rumusan


Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan bahawa pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyuluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yg seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui aktiviti kokurikulum, maka potensi individu termasuk daya kepimpinan dapat dibentuk. Oleh itu, semua pihak yang terlibat seharusnya memainkan peranan yang lebih positif supaya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan meningkat dan seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam perkembangan sahsiah.

No comments:

Post a Comment