Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang mengandungi unsur-unsur intelek, didiplin kendiri, kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan kepada bangsa dan negara dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum ini dilakukan pada masa tertentu dan pada tempat yang tertentu iaitu selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilakukan dalam kelas. Kokurikulum ini dapat menentukan hala tuju kehidupan masa depan mereka.
Kepentingan Kokurikulum
Sunday, August 8, 2010
Mewujudkan Perpaduan dalam Kalangan Pelajar (204599)
~Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai iaitu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bercorak bersatu padu dan dihormati antara satu sama lain.
~Seluruh kaum daripada pelbagai etnik dapat bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dalam kokurikulum ini.
~Dengan ini, bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat diwujudkan.
Membentuk Sifat Kepimpinan Pelajar
~Aktiviti kokurikulum penting untuk para pelajar sertai kerana ia dapat membentuk seorang pelajar yang berkepimpinan tinggi dalam sesebuah kumpulan.
~Hal ini secara tidak langsung, membentuk seorang generasi yang berdinamik untuk memimpin negara pada masa akan datang.
~Oleh itu, potensi pelajar untuk menjadi seorang pemimpin dapat digilap melalui aktiviti kokurikulum. Hal ini dapat membantu pelajar lebih bergiat aktif dalam sebarang aktiviti di institusi pengajian tinggi.

Melatih Hidup Berdikari
~Kehidupan di institusi pengajian tinggi memerlukan pelajar yang boleh hidup berdikari sendiri walaupun jauh dari keluarga.
~Oleh itu, aktiviti kokurikulum dapat melatih pelajar hidup berdikari dengan boleh melakukan semua perkara sendiri.
~Misalnya, melalui aktiviti perkhemahan, para pelajar dikehendaki menyediakan tempat mereka menginap dan makanan mereka sendiri.

Merapatkan Hubungan Silahturahim
~Para pelajar dapat mengeratkan hubungan silahturahim antara satu sama lain iaitu dalam kalangan masyarakat, tak kira golongan tua atau muda.
~Di samping itu, pelajar dapat mengenali lebih ramai kawan daripada pelbagai kaum di Malaysia.
~Institusi Pengajian Tinggi menhimpunkan para pelajar daripada pelbagai bangsa dan agama termasuklah para pelajar dari luar negara.

Meningkatkan Kesihatan Diri
~Aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar menjaga kesihatan diri pelajar dengan bergiat aktif dalam sukan dan permainan.
~Dengan bergiat aktif dalam apa-apa aktiviti kokurikulum yang disertai, pelajar dapat menyeimbangkan tahap kecergasan mental dan fizikal pelajar untuk belajar.
~Dengan itu, dapat meningkatkan daya tahan antibodi pelajar agar dapat mencegah segala penyakit dalam diri pelajar.

Menambahkan Ilmu Pengetahuan
~Aktiviti kokurikulum dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bukan sahaja mengenai hal akademik sahaja malah mengenai isu semasa dan ilmu kemahiran yang harus diketahui oleh para pelajar.
~Misalnya, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai lawatan-lawatan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan dan kelab kokurikulum.
~Selain itu, melalui aktiviti unit beruniform pula, para pelajar dapat meningkat kemahiran dalam diri.

Subscribe to:
Posts (Atom)